Friday 5 April 2013

Mengapa kami mencadangkan Multi Level Marketing (Robert T. Kiyosaki)

Jawapan Robert T. Kiyosaki

Kali pertama mendengar tentang MLM (Multi Level Marketing), saya tidak dapat menerimanya. Namun, selepas membuka minda, saya mula melihat beberapa kelebihan dan peluang yang ada pada MLM tetapi tidak ditawarkan oleh jenis-jenis perniagaan lain.

Kejayaan jangka panjang seseorang mencerminkan tahap pendidikan, pengalaman hidup, serta ciri-ciri peribadi seseorang. banyak syarikat MLM menyediakan latihan buat ahlinya supaya dapat membina ciri-ciri peribadi penting itu.

Kebanyakan sekolah melatih pelajarnya supaya suatu masa nanti mereka berjaya masuk kedalam kuadran E ataupun S. Latihan ini memang bagus sekiranya kita berhasrat mahu menghabiskan seluruh hidup kita dalam kuadrant itu. Begitu juga dengan kebanyakan pogram MBA, yang melatih para pelajarnya supaya berjaya mendapatkan pekerjaan yang bergaji tinggi dalam sektor korprat sebagai seorang yang berkuadran E, bukanya B.

Bagaimana sekiranya sekarang kita berada pada kuadrant E ataupun S dan kemudian mahu menukar posisi supaya berada pada kuadrant B? Dimana kita dapat belajar dan mendapat latihan bagi membolehkan kita berpindah ke kuadrant itu? Saya mengesyorkan kita menyertai bisnes MLM. Bisnes ini cadangakan khusus buat sesiapa yang mahu berubah dan mahu mendapatkan kemahiran serta latihan tentang sikap yang diperlukan dalam kuadrant B.

Menjadi seorang usahawan dan membina perniagaan pada kuadran B bukan sesuatu yang mudah. Malah, saya percaya kaedah ini adalah antara cabaran paling sukar yang perlu dihadapi oleh seseorang usahawan. Sebab itulah terdapat lebih ramai orang pada kuadran E dan S berbanding dengan kuadran B, semata-mata kerana kedua-dua kuadran itu kurang mencabar. Sebagaimana yang mereka katakan, "Sekiranya mudah, semua orang mahu melakukannya"

Secara peribadi, saya perlu belajar bagaimana hendak mengatasi perasaan ragu-ragu, malu dan takut terhadap penolakan yang ada pada diri saya. Saya terpaksa belajar bagaimana mahu bangkit semula dan terus bergerak ke hadapan sekiranya mengalami kegagalan.. Inilah sebahagian daripada sifat-sifat peribadi yang perlu dibagunkan oleh seseorang sekiranya mereka mahu berjaya dalam bisnes kuadrant B, tanpa mengira sama ada bisnes itu MLM, francais, ataupun bisnes yang baru ditubuhkan.

Kepimpinan adalah kemahiran peribadi yang begitu diperlukan oleh setiap bisnes kuadran B.  Mampukah kita mengatasi perasaan takut kita sendiri dan membuatkan orang lain turut mengatasi ketakutan masing-masing bagi menyelesaikan tugasan mereka? Inilah kemahiran yang diajar oleh Kor Marin kepada saya. Sebagai seorang pegawai Kor Marin, memiliki kemahiran memimpin adalah sewaktu peperangan, walaupun pada masa itu kami semua takutkan mati.

Saya bertemu dengan ramai orang di kuadran S, iaitu golongan pakar ataupun pemilik perniagaan kecil yang mahu mengembangkan bisnes, tetapi mereka kurang ciri-ciri kepimpinan. Tanpa memiliki kemahiran kepimpinan, tiada siapa yang mahu menuruti mereka kelak, sama ada kerana para pekerja tidak yakin pada mereka ataupun merekagagal memberikan inspirasi kepada pekerja bagi memperbaiki diri.

Seperti pernah disebutkan sebelum ini, Forbes mendefinisasikan pemilik bisnes besar sebagai individu yang mampu mengawal perniagaan yang mempunyai pekerja melebihi 500 orang. Berdasakan definisi ini sahaja sudah jelas menunjukan mengapa kemahiran kepimpinan penting bagi kuadran B.

Di manakah kita dapat menemui bisnes yang sanggup melaburkan banyak masa terhadap pendidikan serta pembangunan peribadi bagi membina bisnes kita? Jawapanyaadalah, MLM.

Membina bisnes pada kuadran B bukanlah suatu tugas yang mudah. Jadi, kita perlu bertanya kepada diri sendiri, " adakah saya mempunyai apa yang diperlukan? Adakah saya bersedia untuk keluar dari zon selesa saya? Adakah saya bersedia dipimpin dan bersedia belajar cara memimpin? Adakah kemahuan untuk kaya didalam diri saya,tuturt bersedia untuk keluar?" Sekiranya jawapan kita adalah "Ya', mulaka mencari bisnes MLM yang mempunyai program latihan yang hebat. Saya kurang memberikan tumpuan pada produk ataupun pelan ganjarannya, sebaliknya lebih menumpukan kepada program pendidikan dan pembangunan peribadi yang ditwarkan oleh syarikat itu.

Kesimpulanya, selepas membuka minda saya yang tertutup, akhirnya saya dapat melihat beberapa kelebihan unik yang ditawarkan oleh industri ini kepada sesiapa yang mahu mendapat lebih daripada apa yang mereka peroleh selama ini.

Secara umumnya, kos bagi memulakan bisnes MLM adalah jauh lebih rendah berbanding memulakan bisnes kita sendiri.






Disunting daripada buku
"WHY WE WANT YOU TO BE RICH"
by Donald J. Trump & Robert T. Kiyosaki
Dua Jutawan Satu Mesej



No comments:

Post a Comment