Monday 29 April 2013

Kenny Chong


Kenny Chong

Black Diamond



Duplikasi Sistem dan Promosikan Produk
Saya sudah terlibat di dalam industri penjualan langsung selama tiga puluh tahun. Setelah saya menjadi ahli keluarga MonaVie yang menakjubkan, saya sedar bahawa MonaVie benar-benar mempunyai sistem perniagaan yang komprehensif lagi hebat yang telah menghasilkan banyak kisah kejayaan di serata dunia. Sehingga kini, MonaVie telah mencipta lebih daripada 600 jutawan di seluruh dunia dengan pendapatan perniagaan berjumlah 5 juta. 
Memang menakjubkan memandangkan syarikat yang dimulakan lima tahun dahulu kini telah mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu daripada empat syarikat jualan langsung yang terbaik di dunia.  Saya juga tertarik kepada program tanggungjawab sosial  seperti program amal MORE yang dikenali ramai.  Projek ini bertujuan menghulurkan bantuan kepada komuniti, terutamanya golongan miskin dan kurang bernasib baik di Brazil, di mana mereka  diberikan bantuan keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal dan pendidikan.
Menceburi perniagaan ini semenjak setahun setengah yang lalu merupakan tindakan saya yang paling bijak!  Pada mulanya, saya belajar dan memahami tentang perniagaan dan produk ini dengan mengikut sistem tertentu.  Sejak itu, saya berjaya membina perniagaan saya dan menubuhkan pasukan yang baik berdasarkan konsep “ Usah agresif, usah panik, usah tamak dan bersedia untuk membuat pilihan yang bijak”.  Dengan usaha padu pasukan, kami akan bekerja keras untuk membanggakan Malaysia dan mencapai kejayaan yang cemerlang di arena global.  Malaysia kini mencatat kedudukan negara ketiga tertinggi di dalam jualan!
Kepada rakan MonaVie sekalian, rahsia kejayaan terletak pada hakikat bahawa kita akan menuai hasil daripada apa yang disemai.  Semakin keras kita bekerja semakin besar pencapaian kita!  Marilah kita fokus dan komited kepada perniagaan ini.  Duplikasikan sistem perniagaan, promosikan produk MonaVie dan gunakan peluang perniagaan yang diberi dengan sewajarnya.  Saya yakin MonaVie akan menjanjikan gaya hidup yang menakjubkan ketika kita mencipta kekayaan dan menjalani kehidupan yang bermakna.  Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penaja saya Sam Ng, upline saya Johnny Chai, Steve dan Gina atas sokongan mereka. 

No comments:

Post a Comment