Wednesday 27 March 2013

Shah Khan


Shah Khan



Presidential Black Diamond


Didorong Keghairahan dan Perasaan  yang  Mendalam untuk Mengubah Kehidupan Orang Ramai Menjadi Lebih Baik 
“Saya telah berkecimpung di dalam perniagaan penjualan langsung selama 11 tahun dan telah membaca lebih daripada 1,300 buku berkaitan dengan industri ini.   Sebelum MonaVie, saya bekerja di dalam tiga buah syarikat lain dan selepas setahun setengah bekerja, saya sedar bahawa saya tidak berminat untuk bekerja di syarikat-syarikat itu. Saya sudah bersama Monavie selama tiga tahun, dan pada saya, tiada yang dapat menandingi kehebatannya!  Syarikat, pihak pengurusan, produk dan pelan pemasarannya berada di dalam kelasnya yang tersendiri.
“Saya mendapati MonaVie mempunyai pelan pemasaran yang bagus dan peluang perniagaan yang hebat untuk downline mencapai kedudukan tertinggi. Saya menimba inspirasi  daripada Pengasas MonaVie iaitu Dallin A. Larsen yang kerap mengatakan, ‘Selalu berikan keutamaan kepada Tuhan, kedua kepada keluarga dan ketiga kepada MonaVie.’ Dan kita mengamalkan nilai-nilai kehidupan kita,  iaitu tidak memburuk-burukkan orang lain dan produk-produk mereka kerana ‘dengan meniup lilin orang lain, ia tidak menjadikan lilin kita lebih bercahaya!” Saya sangat menyokong budaya syarikat yang memberi kembali kepada masyarakat – projek MORE – dan kepada mereka yang memerlukan, tanpa memilih bangsa dan agama. Ia adalah mengenai seorang insan membantu insan yang lain.  Dan perjuangan ini amat bererti bagi saya.
 “Pihak pengurusan MonaVie amat prihatin dan berjiwa mulia serta menjaga kepentingan para pengedarnya. Produk MonaVie adalah untuk semua dan tidak mengkhusus kepada jantina atau usia.  Sebatian buah-buahan MonaVie mengandungi beri acai – salah satu milikan alam semula jadi yang paling berharga - dan 18 buah-buahan lazat lain untuk membantu meningkatkan kesejahteraan anda dan memberikan khasiat yang diperlukan oleh tubuh anda.  Socrates, ahli falsafah Yunani yang terkemuka pernah berkata: “ Umpamakan makanan sebagai ubat-ubatan anda dan ubat-ubatan sebagai makanan anda.’
“MonaVie telah membuka banyak peluang kepada saya dan organisasi saya untuk berjaya dalam perniagaan kami.  Saya amat teruja bila mendapat tahu saya adalah Presidential Black Diamond yang pertama. Saya berterima kasih kepada rangkaian hebat saya yang melebihi 120,000 ahli di Asia atas keyakinan, dedikasi, kerja berpasukan dan daya usaha mereka.  Falsafah hidup saya adalah mudah: ‘Keindahan dan kegembiraan dalam kehidupan tidak bergantung kepada kegembiraan anda, tetapi kepada berapa ramai orang yang berasa gembira kerana anda!’ Saya berasa gembira melihat perubahan pada orang lain.  Saya yakin semakin tinggi pangkat kita dalam syarikat ini, semakin banyak lagi orang yang akan memperoleh kejayaan, dan inilah satu-satunya kepuasan bagi saya -  melihat orang lain berjaya!”
“Seringkali saya mengatakan kepada downline saya – yang baru dan sedia ada - anda perlu bertanya pada diri sendiri soalan ini:  Adakah saya sanggup berkorban untuk mendapatkannya?  Sekiranya ya, anda seharusnya mengutamakan mana-mana yang penting dan mengetepikan perkara-perkara yang kurang penting.  Dalam kehidupan,  setiap sesuatu itu mempunyai harganya yang tersendiri.
 “Saya bertanya lagi: Adakah agama, sembahyang, kerjaya, masa untuk keluarga dan bersenam itu penting? Sekiranya anda ingin berjaya, anda perlu meluangkan masa. Mereka yang selalu memberi alasan tidak akan menjadi kaya dan mereka yang menjadi kaya tidak memberi apa-apa alasan.  
“Saya mengamalkan tujuh perkara untuk Kejayaan: Kecekalan, Kesabaran, Sikap Positif, Kesungguhan, Personaliti, Kemesraan dan Tujuan. Sekiranya kita mempunyai tujuan di dalam kehidupan, kita pasti akan berjaya dalam segala usaha kita.  Sejak saya menyertai MonaVie tiga tahun dahulu, pendapatan dan pangkat saya tidak pernah jatuh dan perniagaan saya juga berkembang dengan pesat.  Hari ini, organisasi saya merupakan organisasi yang paling pesat berkembang di MonaVie dan kami menyediakan peluang perniagaan dan latihan untuk ahli-ahli kami.  Saya menyokong kuat terhadap seni penggandaan.”
Walaupun beliau telah acap kali menempa kejayaan, Shah masih seorang yang mesra dan bersifat realistik dan berbesar hati untuk mengubah kehidupan orang lain menjadi lebih baik.   Kegembiraan yang diperolehi dengan membantu orang lain melebihi wang ringgit yang diterima daripada perniagaan MonaVienya. Beliau percaya apabila Tuhan memberikan kita kekayaan, Tuhan akan melihat bagaimana kita membelanjakan kekayaan itu. Kata Shah lagi, “Tuhan mengurniakan hadiah yang terbesar kepada kita, iaitu kehidupan dan hadiah kita kepadaNya pula ialah apa yang ditinggalkan kepada golongan yang kurang bernasib baik dan kurang  berupaya. Oleh itu saya berdoa kepada Tuhan untuk umur yang panjang supaya dapat saya menjana kekayaan dan mendermakan kesemuanya. Apabila kita memberi sumbangan kepada badan-badan amal untuk membantu  orang lain tanpa memilih agama, Tuhan akan sentiasa membantu dan membimbing kita.
 “Pada 30 April 2011, seorang sami  dari Taiwan menunjukkan sebuah video tentang sebuah rumah dengan 700 anak-anak yatim kepada saya. Beliau memerlukan bantuan untuk mendirikan dua buah rumah di Thailand untuk anak-anak ini.  Saya tidak mengenali beliau tetapi apabila saya menonton video itu, hati saya berasa pilu lantas terus memberikan sumbangan sebanyak RM32,000 untuk membina rumah-rumah yang diperlukan.  Tidak lama  kemudian, MonaVie memulakan projek MORE di Thailand dengan asas yang baik untuk projek ini dan saya turut memberi sumbangan berjumlah RM100,000. Kini, anak-anak itu telah boleh berdikari dengan adanya mesin untuk membungkus beras; dan mereka pula telah  memohon supaya kita memanjangkan bantuan kepada kanak-kanak lain yang memerlukan.
 “Saya berasa amat berpuas hati dengan apa yang saya lakukan dan sekiranya setiap orang di MonaVie boleh melakukan perkara yang sama, kita boleh membawa perubahan yang besar kepada kehidupan orang lain  dan kepada seluruh dunia.  Kita mungkin mampu menamatkan kebuluran sedunia.  Pada saya, kehidupan mempunyai  pertalian rapat dengan matlamat.  Sekiranya kita mempunyai matlamat tertentu, kehidupan kita akan menjadi lebih mudah.  Sesiapa yang mempunyai matlamat yang kukuh dalam kehidupan akan berjaya dalam segala usaha mereka. MonaVie adalah sebuah syarikat yang menakjubkan dengan produk yang terbaik.  Kepada semua pengedar, “Minum, Rasa dan Berkongsilah” dan berusaha menuju ke arah kejayaan!

No comments:

Post a Comment